Powered By Blogger

Monday, January 31, 2011

Apa Khabar Saya?


Khabar saya baik,jangan risau...eh,saya yg soal diri saya sendiri.Saya nak kongsi satu cerita ni,tapi benda tu dah lepas.Tak de lah lame sangat...baru je semalam.Semalam hujan tak reti-reti nak berhenti,nasib baiklah esok cuti sekolah.Semalam iaitu hari Ahad,saya telah membuat sesuatu benda kerana tidak ada kerja lain nak buat.Saya ambil tiga botol kosong yang ada di rumah saya.Saya pergi letak kat luar,dan saya letak botol-botol tu di halaman rumah.Kan kat luar sedang hujan...tapi saya duduk kat situ dan basah kuyup bersama-sama botol-botol tu.Saya tak tahulah nak ceritakan apa yang saya buat.Saya akan cuba sedaya upaya...cam ni,saya ambil botol tu sbb nak buat satu perlumbaan.Perlumbaan tu pasal(air hujan yang paling banyak masuk antara tiga botol tersebut).Saya letak kat luar dan tengok botol mane yang menang...saya tandakan botol-botol tu dengan warna merah,kuning dan biru."Merah menang!!!"saya jerit.Saya macam orang gile kat luar tu,dengan baju basah kuyup.Nasib baik tak de jiran nampak.Tapikan tulah saat gembira saya.Kalau saya tak main hujan dan botol pun semalam,saya akan lukis dan gunting sambil main sensorang.Itulah saya.Saya lebih banyak menyendiri daripada bersama-sama dengan orang atau manusia....Itu sajelah saya nak cerita kali ini,tapi saya nak tanya...saya rasa tajuk blog saya tak sesuai lansungkan.Patut ke saya tukar...sebab saya lebih banyak letak pengetahuan dan pasal pelajaran kat sini.SEKIAN DARI SAYA*YUHANISA*

Teruskan membaca blog saya ye,siapa baca dia budak baik!!!

1 comment: