Sikap ini ialah salah satu sikap yang boleh menghalang pelajar mencapai kegemilangan dalam peperiksaan.Pada awal tahun mereka berasa cukup selesa dan merasakan bahawa terdapat banyak masa lagi untuk mengulang kaji pelajaran.
Namun begitu,sikap bertangguh ini akan semakin meleret dan tanpa disedari masa peperiksaan semakin hampir.Mulalah si pelajar panik,kelam kabut dan gopoh.
Oleh itu buatlah persediaan awal dan elakkan sikap suka menangguh kerja kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.


No comments:
Post a Comment